Wednesday, October 2, 2019

Sekitar Harta Dalam Muamalah

Bismillahirrahmanirrahim

Islam adalah agama yang cukup sempurna dan universal. Ia bukan sahaja merangkumi aspek ibadah secara mutlaq yang kita selalu tahu macam solat, puasa dan sebagainya. Ia juga merupakan cara hidup iaitu dipanggil Addin. Islam is the way of life. Termasuklah dalam aspek pengurusan harta. Disebabkan itulah adanya fiqh Muamalah yang membahaskan tentang aspek harta, kewangan dan pemilikan yang bersifat terpandu.

Definisi harta dari sudut :

  • Bahasa : Setiap perkara yang benar2 dimiliki dan dikawal (hiyazah) oleh seseorang sama ada a'in atau manfaah
  • Istilah
Kalau dari sudut istilah pula, pelbagai pendapat lah yang mendefinisikan harta ni kepada beberapa pengertian. Tetapi acap kalinya kalau bab Muamalat ni, pandangan Imam Hanafi seringkali menjadi perhatian temasuklah definisi yang telah ditetapkan oleh beliau.

So, kalau based on Hanafi scholars, harta ialah perkara yang boleh dikawal dan boleh didapatkan faedah

Kalau kita tengok dekat sini, Imam Hanafi mendefinisikan harta sebagai pertamanya, perkara yang boleh dikawal atau dikuasai Yang kedua, perkara yang boleh didapatkan faedah. Kita pergi satu-satu.

1. Boleh dikuasai atau dikawal (hiyazah)
Perkara yang boleh dikuasai dekat sini maksudnya yang kita boleh handle secara fizikalnya dan bukanlah perkara ma'nawi macam kesihatan, kecerdikan dan sebagainya. Perkara yang kita boleh kuasai contohnya macam kereta kee pakaian ke rumah ke dan sebagainya. Contoh perkara yang tak boleh dikuasai? Cahaya matahari, udara bebas dan sebagainya. Benda ni hanya boleh dikuasai kalau ia dah bertukar jadi tenaga solar atau tangki oksigen. Haa kalau dah transform jadi benda ni baru panggil boleh dikuasai. Kalau tak, kita tak bolehlah claim udara bebas tu harta kita sebab ia bukanlah harta.

2. Boleh didapatkan faedah
Boleh didapatkan faedah dekat sini maksudnya bolehlah dimanfaatkan. Ok contohnya rumah.. kita boleh dapat faedah dengan cara mendiami, kereta.. kita boleh dapat faedah dengan cara membawa kereta. Contoh perkara yang kita tak boleh dapatkan faedah ialah apabila benda tu kuantiti dia terlalu sedikit untuk dimanfaatkan. Contohya sebutir beras, secubit gandum dan sebutir gula.

Pada pandangan Imam Hanafi, kalau sebahagian atau semua orang dalam masyarakat tu menganggap sesuatu tu harta, so benda tu dikira harta. Ok contohnya kita dekat Malaysia ni hidup pelbagai kaum. Pelbagai kaum maksudnya pelbagai agama. Bagi non Muslim, babi dan arak tu adalah harta yang bernilai. So, Imam Hanafi memutuskan yang babi & arak tu adalah harta. So, kita sebagai umat Islam tak boleh nak hapuskan benda-benda tu and kalau kita rosakkan, kita kena bayar ganti rugi.

Berbeza dengan pandangan mazhab lain yang mengatakan perkara yang diharam syara' adalah harta yang tidak bernilai. So, umat Islam tak perlu nak ganti rugi kalau contohnya kita bunuh babi atau tumpahkan arak sebab pada pandangan mereka, ia adalah bukan harta yang bernilai (Mal ghair al mutaqawwam).

Kepilkan nota bahagian ni ^_^


So sebenarnya kita tengok kat sini, kalau bab harta ni mostly kita ikut mazhab Hanafi, 

Golongan Hanafi juga anggap harta tu hanyalah yag sesuatu yang mempunyai fizikal dan zat. So, manfaat dan haq tu bukanlah harta. Tapi, jumhur ulama' kata haq dan manfaah juga adalah harta sebab tujuan benda-benda adalah based on haq dan manfaat. Bukan zat.
So, sebenarnya perbezaan pendapat ni lead kepada perbezaan hukum. Contohnya dalam kes sewaan, golongan Hanafi berpendapat kalau penyewa mati, maka tamatlah kontrak sewaan sebab manfaat tak boleh diwarisi kerana ia bukan dikira harta. Lain pula dengan pendapat jumhur ulama' selain ulama' Hanafi. Mereka mengatakan kalau penyewa meninggal dunia, haq dan manfaat tu boleh diwarisi kepada pewaris. Sebab manfaat adalah harta.

So kita tengok dekat sini, bab ni pula kita ikut jumhur ulama. Kalau di Malaysia, setahu saya kita praktikkan kalau ibu bapameninggaldunia, maka haq dan manfaat rumah boleh diwarisi kepada anak. Nak katanya perbezaan pendapat ni adalah satu nikmat sebenarnya ^_^


Bab harta ni sebenanrya banyak lagi. Termasuklah pembahagian harta dia ; Mutaqawwam dan ghair mutaqawwam, istikhlaki dan isti'mali, aqar dan manqul serta mithli dan qimmy. Akan cari masa untuk tulis lagi inshaa Allah ^_^

No comments:

Post a Comment